BM | EN | 中文

Isteri Dr Adham Baba kini Ketua Pengarah Pendidikan baharu – Laporan

Nor-Zamani-Abdol-Hamid.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 2 JUL: Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid hari ini sah dilantik memegang jawatan tersebut, sehari selepas media melaporkan penafian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelantikan itu.

Menurut laporan Astro Awani yang memetik kenyataan KPM, pelantikan isteri Dr Adham Baba itu telah berkuatkuasa sejak 22 Jun lepas.

Menurut kenyataan itu lagi, Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993 – 1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 – April 2021).

Advertisement

Difahamkan, beliau telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM,” kata kenyataan itu.

Selain itu, antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top