BM | EN | 中文

ISTANBUL IALAH BANDAR KEMBAR JOHOR BAHRU

D-FEATURED-JOHOR-815x567.jpg
Advertisement

Istanbul ialah bandar utama di Turki yang menyimpan begitu banyak sejarah.

Inilah bandar yang dahulunya dikenali sebagai Konstantinopel.

Konstantinopel yang merupakan ibu kota kerajaan Rom ini akhirnya jatuh ke tangan kerajaan Osmaniyyah pada tahun 1453 setelah ditadbir lebih seribu tahun.

Advertisement

Sesiapa yang melancong ke Turki dapat melihat sejarahnya hidup. Ini kerana masih banyak tinggalan bangunan dan binaan dari zaman Yunani, Rom hinggalah ke Osmaniyyah.

Mereka yang tidak meminati sejarah pun tetap akan diterangkan hal sejarah oleh pemandu pelancong.

Dan ramai juga yang berubah sikap mula menyukai sejarah apabila cerita-cerita itu dapat disaksikan sendiri di depan mata sambil membayangkan keadaan yang pernah berlaku pada zaman lalu.

Advertisement

Nama “Constantinople” diberikan kepada bandar ini sempena nama Kaisar Constantine yang memilihnya menjadi ibu kota Rom baharu.

Setelah Konstantinopel dikuasai Osmaniyyah, bandar ini dirujuk dengan nama “Qastantiniyyah” seperti yang disebut Nabi dalam hadisnya. Jelaslah itu nama dalam sebutan Arab.

Kemudian pada awal abad ke-18 nama “Islambol” pula digunakan dan ia tertera pada mata wang syiling Sultan Ahmed III iaitu sultan Osmaniyyah ke-23.

Advertisement

Nama ini diguna seiring dengan nama “Kostantiniyye” (ejaan Turki untuk perkataan Arab Qastantiniyyah).

Dalam masa sama, penggunaan nama Kostantiniyye masih digunakan bersilih ganti dengan “Istanbul”.

Nama “Istanbul” sebenarnya telah wujud sejak zaman Yunani, iaitu sebelum zaman Rom lagi.

Advertisement

Sebutannya berasal daripada bahasa Yunani berbunyi “eis tin polin” bermaksud “menuju ke bandar” atau “berada di bandar”.

Ini kerana pada zaman itu mereka menyebut Konstantinopel sebagai “i polis” iaitu “bandar”. Jadi, apabila ditanya mahu ke mana, ayat jawapannya ialah “eis tin polin”.

Begitulah bahasa itu membentuk nama bandar menjadi “Istanbul”.

Advertisement

Perlembagaan Osmaniyyah 1876 yang mula-mula menyebutkan nama “Istanbul” sebagai ibu kota Osmaniyyah secara rasminya.

Setelah diwujudkan Republik Turki pada 1923, hanya nama “Istanbul” sahaja digunakan bagi merujuk kepada bandar ini. Nama “Konstantiniyye” sudah tidak lagi digunakan.

Sejak itu jugalah Istanbul bukan lagi menjadi ibukota Turki tetapi dipindahkan Mustafa Kemal Atarturk ke Ankara.

Advertisement

Bandar Istanbul pernah menyaksikan begitu eratnya hubungan Sultan Abu Bakar dengan Khalifah Sultan Abdul Hamid II.

Beberapa siri kembara Eropah baginda Sultan Johor pada kurun ke-19 itu pasti mengunjungi khalifah Osmaniyyah.

Walaupun setelah Republik Turki ditubuhkan, hubungan Johor dengan Turki tidak berakhir.

Advertisement

Pada 1983, bandar Johor Bahru telah diiktiraf sebagai bandar berkembar Istanbul oleh kerajaan Turki.

Tujuan bandar berkembar ini dibuat ialah untuk pertukaran budaya, idea dan kepakaran pentadbiran antara kedua-dua bandar.

Pengiktirafan ini tidak luput dan berterusan sehingga kini.

Advertisement

Kalau penduduk Johor Bahru masih ingat, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) pernah mencadangkan pada 2017 untuk menawarkan perkhidmatan tram di Johor Bahru seperti yang dilaksanakan di Istanbul.

Jika ia dapat menambah alternatif kepada pengangkutan awam, apa salahnya diteruskan.

Manalah tahu satu hari nanti Johor Bahru menjadi setanding Istanbul apabila rakyat tempatan lebih selesa menggunakan pengangkutan awam yang efisien.

Advertisement

Sistem wakaf dan pendidikan yang diamalkan Turki sudah lama diadaptasi di negeri Johor sejak zaman kesultanan dahulu.

Jadi, dalam zaman moden ini bolehlah kita teruskan kerjasama mencontohi Turki untuk kesejahteraan semua.

 

Advertisement

 

RUJUKAN

https://www.nytimes.com/1991/08/11/books/l-linguistic-reflections-128091.html

Advertisement

https://scholar.harvard.edu/files/gnecipoglu/files/from_byzantion_to_istanbul.pdf

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/16/johor-baru-to-get-trams-irda-new-mode-of-transport-to-cater-to-central-business-district/

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top