BM | EN | 中文

“Istana titah utamakan rakyat, kerajaan PN buat perkara lain” – DAP Johor

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 8 JUL: Pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri berhubung perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan yang baru semalam telah memberi gambaran yang salah menjelang persidangan parlimen 26 Julai ini.

Sedangkan, kata Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Istana telah bertitah agar keselamatan dan nasib rakyat yang menjadi keutamaan.

“Agong dan istana terus bertitah agar keselamatan dan nasib rakyat menjadi keutamaan. Ramai yang berlapar, hilang mata pencarian, anak-anak berdepan pembelajaran dalam talian yang merumitkan.

Advertisement

“Malangnya, pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri berhubung perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan yang baru telah memberi gambaran yang salah menjelang sidang.

“Sampai hari ini, tiada polisi yang berkesan oleh kerajaan PN.

“Meskipun pengumuman demi pengumuman dibuat, namun ia tidak dapat dicanai dan dibahaskan sebaiknya mengikut kehendak keperluan rakyat,

Advertisement

“Sidang parlimen sebagai platform yang menjadi tunjang demokrasi gagal berfungsi sebaiknya bawah pentadbiran PN,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Adun Paloh itu berkata, parlimen yang akan bersidang pada 26 Julai nanti diharap mempunyai perubahan yang boleh dilakukan terhadap langkah-langkah yang ingin diambil oleh kerajaan agar ia boleh betul-betul membantu rakyat.

Katanya, selepas sekitar enam bulan proklamasi darurat diummkan, kes masih terus meningkat.

Advertisement

“Rakyat terus harapkan ada berita baik dari langkah yang lebih bijak oleh kerajaan untuk atasi masalah ini,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top