BM | EN | 中文

ISPC 2019 PLATFORM PERKONGSIAN IDEA DAN KEPAKARAN SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

dr-zaidatun.jpg
Advertisement

KULAI, 3 DIS : Seramai 150 pelajar berhimpun dalam Persidangan Antarabangsa Pascasiswazah Sains Sosial keenam (ISPC 2019) bagi perkongsian kepakaran dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Kesemua mereka terdiri dalam kalangan pelajar ijazah Sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) tempatan termasuk peserta luar negara seperti Indonesia, Nigeria dan Pakistan.

Pengerusi Umum persidangan itu, Dr Hasnah Mohamed berkata, program yang memasuki tahun keenam penganjurannya itu bertujuan menyediakan platform bagi penyelidik untuk berkongsi dan bertukar idea, pengalaman dan sumber dalam bidang ini.

Advertisement

“Diharap program ini dapat membentuk jati diri pemimpin inovatif sekaligus mencungkil bakat baru dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

“Kita juga berharap ISPC 2019 dapat merangsang perbincangan dan mengundang pelbagai idea yang akan memperkayakan transformasi usaha untuk meneruskan komitmen serta resolusi.

“Ini sekaligus dalam usaha mengukuhkan pendidikan tinggi bagi meningkatkan bakat dan kebolehan masyarakat ke arah platform yang lebih tinggi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan persidangan itu yang diadakan di Le Grandeur Hotel dekat Senai, di sini, hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.

Majlis penutup persidangan itu disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM, Prof Dr Zaidatun Tasir.

Advertisement

Program tersebut turut memberi penghargaan kepada 10 pembentang terbaik.

Dr Hasnah berkata, dua penceramah utama dari UTM iaitu Prof Dr Ummul Khair Ahmad dan Prof Dr Hashim Fauzy Yaacob telah dijemput untuk berkongsi pandangan mereka tentang tren terkini penyelidikan dalam bidang sains sosial.

“Dua bengkel juga diadakan oleh pakar di lapangan iaitu Dr Rohaya Talib berkenaan pembangunan instrumen, manakala Dr Aqeel Khan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam penerbitan.

Advertisement

“Kedua-dua bengkel ini memberikan pendedahan yang berimpak tinggi kepada para peserta untuk meningkatkan kualiti penyelidikan mereka dalam bidang sains sosial,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top