BM | EN | 中文

“Ismail Sabri menteri dari Pahang, patut sedar kasino Genting operasi atau tidak”

asim-abdullah.jpg

Asim Abdullah

Advertisement

LEDANG, 24 MEI: Kenyataan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob tidak menyedari kasino di Genting Highland masih beroperasi adalah isyarat jelas menteri kabinet hari ini tidak berfungsi dengan baik.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah berkata, perkara itu adalah gambaran menteri tidak menjalankan tugas mereka.

Malah kata Asim, seharusnya Ismail sebagai ahli parlimen Bera yang berada di negeri Pahang mengetahui perkara itu.

Advertisement

“Kasino Genting Highland terletak di negeri Pahang di mana negeri yang juga menjadi tempat bagi Ismail Sabri sendiri. Bagaimana beliau tidak tahu akan hal ini?

“Jangan cuba mengelak hal ini kerana inilah gambaran kegagalan kerajaan hari ini. Saya menasihatkan agar menteri ini semua meletakkan jawatan secara terhormat,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan Ismail itu mengesahkan pandangan rakyat sebelum ini bahawa menteri kabinet tidak berfungsi.

Advertisement

“Apa yang berlaku sebenarnya di kalangan menteri dalam kabinet PN (Perikatan Nasional) ini?

“Sama ada beliau (Ismail Sabri) tidak tahu langsung atau sengaja tidak mahu bertanggungjawab.

“Apa yang dibimbangi rakyat berkenaan kerja para menteri ini ternyata benar.

Advertisement

Susulan itu Ismail mengarahkan kasino Genting Highlands ditutup, dengan mengatakan bahawa dia sebelum ini tidak menyedari bahawa ia masih beroperasi.

Media turut menghubungi Ismail, namun pegawainya meminta merujuk kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mengenai perkara itu.

Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar yang mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19.

Advertisement

Mereka menaiki dua bas dalam perjalanan dari 22 April hingga 24 April, yang diatur oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ismail tidak menjelaskan mengenai operasi sebelumnya, atau alasan di sebalik penutupan tersebut atau berapa lama ia akan ditutup.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top