BM | EN | 中文

Iskandar Puteri destinasi pendidikan bertaraf dunia

taylor-1.jpg

Khim Wah (tiga,kiri) bertukar MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif UoSM, Rebecca Taylor (tiga,kanan) sambil disaksikan Dr Sahruddin

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 JAN: Majlis menandatangani memorandum persefahaman MoU antara pemaju pembangunan, Eco World dan University of Southampton Malaysia (UoSM) adalah usaha menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Malaysia, Datuk Chang Khim Wah, kumpulan syarikatnya berbesar hati dapat memainkan peranan dalam mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia.

“Pelaburan subtansial telah dibuat bertahun-tahun oleh Iskandar Invesment Berhad untuk meningkatkan infrastruktur fizikal bagi mempromosikan rantau ini melalui hub pendidikan, industri kreatif, pelancongan, rekreasi dan kesihatan.

Advertisement

“Sebagai salah satu pemaju utama di sini, kemajuan kawasan ini membuktikan kami komited memainkan peranan untuk mencapai sasaran kerajaan menjadikan Iskandar Puteri sebagai tempat paling sesuai didiami pada 2025,” katanya.

MoU berkenaan turut disaksikan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Turut hadir dalam masjlis tandatangan tesebut ialah Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung dan Ketua Pengarah Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top