BM | EN | 中文

Iskandar Malaysia Youth Hub tawar geran, latihan dan elaun bernilai RM1 juta kepada usahawan belia

johor-iskandar-youth-hub-hab.jpg

Gambar Ehsan worldorgs.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OKT: Iskandar Malaysia Youth Hub menawarkan geran, elaun serta latihan kemahiran kepada usahawan belia di Johor yang bernilai RM1 juta untuk membantu meringankan beban golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata melalui inisiatif itu, belia berumur 18 tahun hingga 35 tahun, sama ada individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh memohon geran sebanyak RM5,000, elaun dan latihan kemahiran melibatkan lapan modul.

“Menerusi program Iskandar Malaysia Youth Entrepreneur Scheme (IMYES) yang diperkenalkan sejajar dengan agenda kemakmuran ekonomi dan inklusif wilayah ini dan bersempena Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC), kami yakin bantuan Ini akan dapat menggalakkan semangat keusahawanan.

Advertisement

“Selain itu, ia mampu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia. Ini merupakan satu daripada komponen penting dalam menangani kesan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program IMYES oleh Iskandar Youth Hub Sdn Bhd melalui dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu menyediakan latihan kemahiran termasuk dari segi keusahawanan, kewangan, penjualan dan pemasaran serta trend terkini dalam digitalisasi.

Ismail berkata geran yang dipohon mestilah untuk kegunaan membeli mesin, peralatan, barang-barang mentah, pembelian kredit serta tujuan promosi dan pemasaran.

Advertisement

Katanya belia yang berminat perlu menghadiri sesi penerangan sebelum membuat permohonan dan hanya yang berjaya dalam permohonan akan diberi makluman.

“Malah, mereka perlu menghadiri lapan modul latihan sebelum menerima geran, katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.iskandarmalaysia.com.my/hab/imyes.

Advertisement

IMYES merupakan antara program di bawah inisiatif SECURE@IskandarMalaysia yang turut menawarkan pelbagai bantuan dari segi kewangan dan latihan antaranya kepada kumpulan 840, golongan rentan, pertanian bandar dan perniagaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top