BM | EN | 中文

Iskandar Malaysia kaji pelan pembangunan, perhebatkan fokus dalam sektor pertanian moden dan belia

Ismail-Ibrahim.jpg

Ismail Ibrahim

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 DIS: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) sedang mengkaji Rancangan Pembangunan Komprehensif Kedua (CDP ii) bagi Iskandar Malaysia, untuk memastikan pembangunan yang berterusan bagi rakyat yang tinggal dan kerja di kawasan itu.

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, pengkajian itu bakal memenuhi permintaan dan cabaran trend pasaran tempatan dan global, selain sepadan dengan ‘Shared Vision Plan 2030’.

“Ia juga akan sepadan dengan pelan, polisi, peruntukan kerajaan di peringkat Persekutuan, Johor dan tempatan yang terkini, selain agenda dan standard antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Baru-baru ini, Ahli-Ahli Pihak Berkuasa (MoA) IRDA telah mengadakan mesyuarat dimana dua tema utama yang dibentangkan termasuklah pertanian moden dan pembangungan belia “IT-centric”, yang dijangka akan memberikan impak kepada rakyat di Iskandar Malaysia.

“Dengan anggaran 10 peratus tanah pertanian di tetapkan untuk pembuatan makanan di Malaysia, langkah untuk memodenkan industri bagi meningkatkan pembuatan tanaman utama adalah diperlukan.

“Selain itu, keperluan untuk mengoptimumkan pembuatan makanan yang memenuhi standard Piawaian Antarabangsa untuk Langkah-Langkah Fitosanitasi (ISPMs) juga diperlukan bagi memenuhi permintaan tempatan dan eksport lebihan ke pasaran lain,” kata kenyataan itu lagi.

Advertisement

Tambahnya, ini terbukti apabila sebanyak RM43 juta telah disediakan dari Belanjawan 2020 untuk Industri Pertanian 4.0 dan RM20 juta lagi diperuntukan untuk pengesahan bakat bagi persediaan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Sehubungan dengan itu, sebagai sektor yang baru dipromosikan di kawasan ini, MoA IRDA bersetuju untuk IRDA mengkaji jenis tanaman yang sesuai dieksport selain menetapkan standard kualiti yang dihasilkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iskandar Malaysia juga akan pertimbangkan untuk tambah baik program kepimpinan belia dengan melaksanakan satu kajian keatas keperluan perumahan belia, membangunkan program pegalakkan belia untuk menjana pendapatan.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, MoA IRDA telah bersetuju untuk IRDA mengambil kira program yang boleh menambah baik skill teknologi, digital dan pengetahuan di kalangan belia dalam persediaan IR 4.0.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top