BM | EN | 中文

Iskandar Investment Bhd lancar program bakat bagi sokong sektor teknologi baru muncul

iskandar-investment-berhad-IIB.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Iskandar Investment Bhd (IIB) melancarkan program Bakat Digital dan Teknologi Baru Muncul Johor (JDETT) untuk membangunkan, menggalakkan dan menjana bakat bagi menyokong sektor teknologi baru muncul di wilayah Iskandar Puteri.

Dalam kenyataan semalam, IIB berkata JDETT adalah program meningkatkan kemahiran dan melatih semula dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor serta disokong oleh industri, bakat, latihan dan rakan pembiayaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Johor dalam sektor digital dan teknologi baru muncul.

Katanya program itu juga sebahagian daripada Iskandar Next, kerjasama awam-swasta oleh IIB untuk membawa ekonomi digital baharu, perniagaan baharu serta pengalaman hidup dan bakat baharu untuk ekonomi sedang pesat membangun.

Advertisement

“Bagi memulakan JDETT, IIB Ventures (116V) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IIB, akan melaksanakan program yang bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang tertumpu kepada industri dengan pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Katanya kohort pertama program itu akan bermula pada Ogos dengan 18 peserta menyertai Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) 2021 dengan beberapa syarikat digital dan teknologi baru muncul tempatan di Johor, iaitu Synapse Innovation, Poladrone Solutions Holistics Lab, Innates PLT dan SG Shop.

“IIB turut menyokong program ini melalui anak syarikatnya, Iskandar Management Services, dalam sektor sokongan perniagaan digital dan perkhidmatan,” katanya.

Advertisement

Katanya program itu menyasarkan untuk mengambil, menempatkan dan melatih 100 peserta, yang akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman tersebut.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan Iebih banyak makiumat dan memohon untuk program ini melalui e-mel jdett@my-iib.com.

MySTEP diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2021 untuk menangani pengangguran, meningkatkan kebolehpasaran dan memacu pemulihan ekonomi domestik serta terbuka kepada siswazah Malaysia yang menganggur dari umur 18 hingga 30 tahun.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top