BM | EN | 中文

IRDA tawar geran RM2 juta bangun platform digital di Iskandar Malaysia

iskandar-malaysia.png

Gambar Ehsan Iskandar Malaysia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menawarkan satu geran khusus untuk membangunkan platform digital kepada peniaga individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di Johor.

Ketua Eksekutifnya Datuk Ismail Ibrahim berkata ‘Iskandar Malaysia Startup Grant’ (IMSTART) yang diperkenalkan itu sejajar dengan agenda kemakmuran ekonomi dan inklusif wilayah tersebut, bersempena dengan ‘Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia’ (IM15CC).

Beliau berkata dengan peruntukan sebanyak RM2 juta itu, seramai 200 individu dan PKS boleh mendapatkan bantuan sehingga RM10,000 untuk setiap perniagaan.

Advertisement

“Geran ini akan memberi kelebihan kepada peniaga individu dan PKS untuk menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19 ini dan seterusnya meningkatkan kemampuan operasi dan capaian pasaran perniagaan melalui platform digital.

“Dengan bantuan kewangan ini, peniaga boleh membeli stok produk, menaik taraf operasi perniagaan dengan peralatan dan sistem berteknologi dan mewujudkan platform e-dagang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata individu dan PKS yang berminat mestilah berkerakyatan Malaysia serta berumur antara 18 sehingga 45 tahun dan mempunyai perniagaan di Iskandar Malaysia.

Advertisement

Selain itu, katanya, geran yang ditawarkan terbuka kepada peniaga yang baru sahaja ingin mewujudkan perniagaan secara digital ataupun sudah pun mempunyai perniagaan secara digital sejak bulan Mac tahun lalu.

“Program IMSTART ini merupakan salah satu daripada program di bawah inisiatif SECURE@IskandarMalaysia yang turut menawarkan pelbagai bantuan daripada segi kewangan dan latihan.

‘Ini termasuk bantuan kewangan berkaitan perniagaan untuk kumpulan B40 dan kumpulan rentan, bantuan kewangan dan latihan untuk pertanian bandar, geran untuk perniagaan berdasarkan trak dan perkongsian fasiliti dan pelbagai katanya.

Advertisement

Bagi yang berminat dan berkelayakkan boleh melayari www.iskandarmalaysia.com.my/secure dan www.iskandarmalaysia.com.my untuk maklumat lanjut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top