BM | EN | 中文

IRDA SERAHKAN PENGOPERASIAN DAN PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN BERPUSAT SUNGAI SEGGET KEPADA MBJB 

Amran-1-e1569654351797.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersedia meneruskan pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Kumbahan Berpusat (Fasa 1) Sungai Segget atau ‘Centralized Sewerage Treatment Plan (Phase 1).

Loji tersebut dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan mula beroperasi sejak dua tahun lalu.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman, kesediaan pihaknya meneruskan operasi loji itu kerana ianya jelas membawa kebaikan kepada alam sekitar, para peniaga dan rakyat di bandaraya ini.

Advertisement

“Johor Bahru mensasarkan untuk menjadi sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari.

“Keupayaan bandaraya ini untuk menyediakan suasana yang lebih bersih

dan berdaya saing adalah penting untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan dan menarik minat para pelancong dan pelabur untuk datang atau menetap di sini.

Advertisement

 

“Oleh itu, kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan berharap agar pihak kerajaan akan terus menyokong usaha-usaha untuk mejadikan Johor Bahru dan Iskandar Malaysia sebagai bandaraya dan wilayah bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis khas bersempena penyerahan operasi loji berkenaan.

Advertisement

 

Loji rawatan air kumbahan yang tertinggi di negara ini berupaya memproses air dan kumbahan sebanyak 33,750 meter padu sehari dan seterusnya meningkat kualiti air di Sungai Segget.

Sejak ia mula beroperasi, air di Sungai Segget telah menjadi lebih jernih dan tidak lagi berbau busuk serta kelihatan hidupan air seperti ikan berenang-renang di dalam sungai itu.

Advertisement

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, loji ini adalah adalah salah satu inisiatif di bawah ‘Johor Bahru Transformation’ and Iskandar Malaysia Corridor and City Transformation Programmes’ yang dilancarkan pada 2012.

“Salah satu tujuan program transformasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penempatan di bandar melalui penambahbaikan bandar dan

pembangunan bercampur dan ini dapat dicapai melalui loji rawatan air kumbahan di Sungai Segget ini.

Advertisement

“Terima kasih kepada MBJB kerana bersetuju untuk mengambil alih pengoperasian dan penyelengaraan loji rawatan air kumbahan berpusat Sungai Segget ini.

“Ia menjelaskan bahawa kejayaan projek loji ini adalah atas dasar pemahaman dan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan ini adalah Pegawai Kewangan Negeri Johor sebagai wakil Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Rahim  Nin dan Setiausaha Bahagian, Dasar Saraan Dan Pengurusan, Kementerian Kewangan, Hazim Jamaludin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top