BM | EN | 中文

IRDA sasar pengurangan 58 peratus pelepasan karbon intensiti di Iskandar Malaysia

Iskandar-Regional-Development-Authority-IRDA.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 OKT: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), meletakkan sasaran pengurangan 58 peratus pelepasan karbon intensiti di Iskandar Malaysia.

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia iaitu LCSBPIM yang dilancarkan pada 2012 memerlukan penglibatan semua peringkat masyarakat, agensi kerajaan dan swasta untuk menyokong pembangunan rendah karbon di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran RM168,000 kepada 14 projek komuniti rendah karbon di Iskandar Puteri, baru-baru ini.

Advertisement

“Melalui geran ini, pihak IRDA amat berbesar hati untuk berkolaborasi bersama MBIP, UTM, JPNJ dan SWM Environment dalam mengubah corak pemikiran, meningkatkan kesedaran dan menerapkan gaya hidup rendah karbon melalui penjimatan air dan elektrik dan pengurangan sisa di kalangan orang ramai.

“Inisiatif bersama komuniti setempat ini sudah pasti dapat membantu Iskandar Malaysia untuk menjadi wilayah rendah karbon melalui pengurangan perlepasan karbon intensiti sebanyak 58 peratus untuk tempoh sasaran sehingga tahun 2025.

“Ini seterusnya dapat memastikan pembangunan pesat dapat dilaksanakan dengan kesan yang minimum kepada alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Turut menjalinkan kerjasama dengan inisiatif lingkaran empat (quadruple helix) itu adalah Universtiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top