BM | EN | 中文

IRDA SAMBUT BAIK LANGKAH MEWUJUDKAN KORIDOR EKONOMI BAHARU DI JOHOR

hospital.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 NOV: Iskandar Malaysia menyambut baik secara dasar langkah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mewujudkan koridor ekonomi baharu di negeri ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), Datuk Ismail Ibrahim berkata, ini kerana langkah tersebut akan memberi peluang kepada dearah-daerah yang belum diliputi dengan pembangunan ekonomi.

“Pihak Irda sedang menunggu isyarat dan perincian yang lebih lanjut daripada pihak kementerian jika langkah tersebut akan menjadi kenyataan dan dilaksanakan.

Advertisement

“Seperti mana yang diumumkan, Iskandar Malaysia masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak menteri tentang cadangan untuk mewujudkan wilayah ekonomi baru yang seperti di beritahu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pembukaan wad baru dan pengembangan servis klinikal di Hospital Gleneagles Medini, di sini, hari ini.

Ismail berkata, seiring dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, Iskandar Malaysia perlu membangunkan negeri Johor secara berperingkat.

Advertisement

“Sebagai contoh pada 10 tahun dulu, telah diputuskan supaya wilayah Iskandar dibangunkan sebagai agenda untuk membangunkan negeri Johor secara keseluruhannya.

“Tetapi disebabkan penumpuan secara geografi ketika itu, adalah lebih sesuai jika menumpukan untuk membangunkan kawasan Selatan Johor terlebih dahulu,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya mengambarkan usaha untuk membangunkan wilayah-wilayah lain dalam negeri ini khususnya di Johor Utara, sebagai satu kesenimbungan yang logik dalam pembangunan keseluruhan Johor.

Advertisement

“Malah, berani saya katakan bahawa pembangunan kearah melonjakkan ekonomi Utara Johor ini mungkin tidak boleh menjadi kenyataan jika tidak dibangunkan Selatan Johor, terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan mengumumkan bahawa sebuah koridor ekonomi baharu di Johor akan diwujudkan, yang akan menggalakkan pembangunan sekaligus merangsang aktiviti ekonomi di daerah-daerah kecil di negeri ini, mulai tahun hadapan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top