JOHOR BAHRU, 23 SEPT : Kualiti udara tiga daerah di Johor menunjukkan penurunan indeks pencemaran udara (IPU) setakat jam 2 petang hari ini berbanding semalam.
Tiga daerah yang mencatat penurunan IPU ialah Pasir Gudang (105), Kota Tinggi (90) dan Pengerang (93).
Manakala, empat daerah di negeri ini merekodkan peningkatan IPU dan berada pada tahap tidak sihat setakat jam 2 petang hari ini.
Empat daerah yang terbabit ialah Segamat (157), Batu Pahat (117), Kluang (109) dan Larkin (118).
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan memakai topeng muka serta mengurangkan melakukan aktiviti di luar.
Johorkini