BM | EN | 中文

IPSAS anjur wacana analisis pelan induk Johor sebagai pusat tamadun Melayu esok

IPSAS-UPM-Johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), akan menganjurkan program Wacana Akademia dan Pembangunan Polisi secara maya dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) esok, 5 Nov.

Pengarah IPSAS UPM Profesor Ismi Arif Ismail berkata program itu bagi menganalisis ‘Pembangunan Polisi Berasaskan Penyelidikan: Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025’ susulan pelancarannya pada 8 Okt lalu oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

“Pelan ini adalah contoh terbaik pembangunan polisi berasaskan penyelidikan yang disediakan oleh pasukan panel pakar empat universiti awam yang menyentuh pelbagai bidang kepakaran seperti sejarah, tamadun, bahasa, pendidikan, warisan budaya, ekonomi, pelancongan, politik dan teknologi maklumat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Antara barisan panel teribat ialah Profesor Emeritus Dr. Datuk Ibrahim Komoo Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Badaruddin Mohamed, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Profesor Madya Dr. Normaz Wana Ismail, Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala sesi wacana akan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (UPM).

Program Wacana Akademia dan Pembangunan Polisi maya itu akan dijalankan melalui platform aplikasi persidangan vide Zoom yang akan bermula pada 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top