BM | EN | 中文

IPD KOTA TINGGI KOMITED BANTERAS KES PENYELUDUPAN ROKOK DAN MANUSIA

Ashmon-e1571634128511.jpg

"Semasa pihak polis membuat rondaan, telah temui sekumpulan remaja sedang leka berbual-bual. Menyedari kehadiran pihak polis, ketiga remaja telah melarikan diri dan bersembunyi" - Ahsmon Bajah

Advertisement

KOTA TINGGI, 21 OKT : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi komited melakukan pembanterasan terhadap kes penyeludupan rokok dan manusia di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, bagi kes penyeludupan rokok sejak tahun 2017 hingga September lepas, pihaknya telah berjaya membuat rampasan bernilai keseluruhan RM1,416, 750.

Katanya, ia membabitkan rampasan sebanyak 53,164 karton rokok dengan jumlah tangkapan sebanyak 56.

Advertisement

“Bagi tahun 2017 sebanyak 13 tangkapan melibatkan 17,352 karton rokok dirampas dengan nilai rampasan adalah RM285,000.

“Tahun 2018 pula, sebanyak 20 tangkapan dengan nilai rampasan berjumlah RM205,200 membabitkan 2,057 karton rokok.

“Manakala, bagi tahun ini, statistik dari Januari hingga September merekodkan 56 tangkapan dengan jumlah rampasan 53,164 karton rokok bernilai RM926,550,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ahsmon berkata, bagi kes pembanterasan tekong penyeludupan manusia bagi tahun 2018 dan 2019 sehingga bulan September statistik serbuan menunjukan peningkatan.

Menurutnya, pada tahun 2018 sebanyak 30 serbuan di mana 34 tekong dan 193 pendatang asing tanpa izin (Pati) berjaya ditangkap.

Sementara tahun 2019 dari Januari hingga September sebanyak 47 serbuan membabitkan tangkapan 19 tekong dan 148 Pati berjaya dilakukan.

Advertisement

“Kegiatan sedemikan memberikan kesan negatif pada ekonomi negara. Kita menggesa masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya lagi.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top