BM | EN | 中文

IPD Johor Bahru Selatan yang baru lebih kondusif buat anggota dan masyarakat

IPD-JB.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Khalil pada Majlis Perasmian IPD Johor Bahru Selatan, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB : Kira-kira 1,400 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan masyarakat di kawasan pentadbiran itu kini menikmati suasana yang kondusif selepas IPD berkenaan yang dahulunya berpusat di Balai Polis Sentral berpindah di Larkin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, melalui majlis perasmian IPD berkenaan menjadi satu sejarah buat PDRM, amnya buat kontinjen Johor.

“IPD Johor Bahru Selatan satu perkara yang semua tahu telah beri perkhidmatan sejak era Britis di Balai Polis Sentral di tambak Johor sehingga bulan Julai tahun lepas.

Advertisement

“Walaupun dalam keadaan bangunan penuh nostalgia tetapi prasarananya tidak kondusif pada warga kerja, polis sendiri dan pada masyarakat yang perlukan khidmat polis.

“Bagaimanapun sejak dahulu sampai sekarang polis tidak pernah lepaskan tanggungjawab. Walaupun banyak pancaroba dilalui polis Johor bertegas di bawah ketua polis Johor akhirnya kita dapat pindah di tempat baru semuanya atas keprihatinan kerajaan kerana memberi kemudahan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian IPD Johor Bahru Selatan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kemudahan berkenaan memberi keadaan kondusif kepada klien dan msyarakat Larkin sendiri bertuah dengan perpindahan IPD berkenaan kerana membantu ekonomi penduduk tempatan.

“Ekonomi penduduk akan meningkat hasil tumpuan 1,400 anggota di sini. Namun walaupun dapat pindah ke tempat baru ini tapi ada masalah keperluan parkir di sini.

“Kita merayu pihak kerajaan membantu dalam hal ini. Saya juga ada perancangan dibincangkan untuk memberi kemudahan bukan sahaja kepada polis tetapi kepada orang awam yang datang juga,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top