BM | EN | 中文

IOW di Johor sasar kawasan kampung, perumahan

jabatan-penerangan.png
Advertisement

BATU PAHAT, 14 DIS: Jabatan Penerangan Negeri Johor menyasar untuk menyalurkan hebahan berhubung COVID-19 menerusi ‘Info on Wheels’ (IOW) di kawasan kampung dan perumahan selain di kawasan tumpuan ramai, ketika ini.

Pengarah Penerangan Negeri Johor Sabarudin Yeop Hamza berkata ia berikutan terdapat penularan COVID-19 di kawasan kampung-kampung sebagaimana berlaku di daerah Batu Pahat sejak 22 Nov lepas.

Beliau berkata pada masa sama, IOW yang dilaksanakan turut akan menumpukan hebahan berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) di rumah-rumah ibadat terutamanya di masjid dan surau.

Advertisement

“IOW pada gelombang ketiga ini lebih menumpukan kawasan yang dikategorikan sebagai ‘kawasan merah’ penularan COVID-19, dengan kawasan Mukim 8 Sri Gading, Batu Pahat ini merupakan kawasan kedua selepas dilaksanakan di kawasan Plentong, Johor Bahru minggu lepas.

“Untuk makluman umum, sejak COVID-19 menular pada Mac, Jabatan Penerangan Johor telah melaksanakan 907 program hebahan di 4,122 kawasan dengan memberi penerangan berkenaan isu semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pelancaran Program Gerak Tumpu IOW Daerah Batu Pahat di Kompleks Penghulu Mukim 8 Sri Gading di sini, hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja Nor Rashidah Ramli.

Advertisement

Sabarudin berkata di Batu Pahat, sebanyak 102 program hebahan sudah dilakukan menerusi IOW di 385 kawasan dan ia akan diteruskan selagi kawasan berkenaan masih dikategorikan sebagai kawasan merah COVID-19.

“Program ini (IOW) mendapat kerjasama daripada penghulu di setiap mukim dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kita akan sentiasa bersiap sedia melalui penglibatan kesemua kakitangan Jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah untuk melaksanakan IOW di kawasan ‘merah’.

“Sebagai contoh, di Batu Pahat ini ia turut disertai oleh kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Johor Bahru, Pontian dan juga Kluang,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Nor Rashidah berkata pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana sudi bekerjasama melaksanakan program dan aktiviti yang memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya berkenaan dengan situasi semasa sesebuah kawasan termasuk berkaitan dengan wabak COVID-19.

“Walaupun hebahan ini hanya dilakukan dengan tidak bersemuka namun, sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat untuk mengetahui keadaan terkini, terutamanya di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah COVID-19,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top