BM | EN | 中文

Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky

nicky-liow.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan ‘notis merah’ terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang mengetuai sindiket ‘Geng Nicky’ dan juga pembantunya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, notis merah terhadap Liow dikeluarkan Interpol tiga hari lalu (20 April), manakala notis ke atas pembantunya dikenali sebagai Niu Zhe, 31, warga China, telah dikeluarkan kelmarin.

Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap Liow.

Advertisement

“Kedua-dua mereka telah mendapat notis merah” katanya ringkas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Selain itu, beliau juga mengesahkan seorang pegawai polis telah ditahan berhubung geng sama, namun enggan mengulas lanjut kerana operasi untuk menjejaki individu terlibat masih dijalankan.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan satu persatu. Jika ada tangkapan susulan, Polis Johor akan buat sidang media. Apa yang pasti, operasi masih lagi berterusan dan akan ada tangkapan susulan,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Semalam, akhbar tempatan mendedahkan bahawa polis telah menahan seorang pegawai kanan berpangkat ASP, berhubung kegiatan jenayah terancang diketuai oleh Liow.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top