BM | EN | 中文

Internet percuma Selangor untuk 500 ketua kampung baharu, bagan

Bangunan-SUK-Selangor-.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 500 ketua kampung baharu dan bagan serta setiausahanya akan menikmati kad modul pengenalan pelanggan (SIM) dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri itu akan mula diagih kepada penerima mulai 1 Oktober ini.

“Kita sedang mengumpul nama untuk daftarkan mereka dan kemudian Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan mengaturkan kaedah bagaimana ia diagih,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Sze Han berharap ketua kampung baharu, bagan dan setiausaha dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan internet percuma selama setahun itu sebaiknya.

“Dengan adanya kemudahan ini diharap penerima dapat melaksanakan kerja dan berhubung antara satu sama lain secara dalam talian dengan mudah meskipun dalam keadaan norma baharu,” katanya.

Pada 4 Ogos, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati internet percuma antaranya pelajar, peniaga e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top