BM | EN | 中文

INSYA-ALLAH, ISNIN ATAU SELASA WAKIL PH ANGKAT SUMPAH DI PARLIMEN

IMG-20191114-WA0002.jpg

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 14 NOV : Pengundi Tanjung Piai perlu memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini untuk mengisi segera kekosongan di kerusi Parlimen itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apatah lagi ketika ini sidang Parlimen sedang berlangsung.

“Ada 222 kawasan Parlimen dan hanya satu saja kosong. Parlimen sedang bersidang dan kerusi Tanjung Piai dikosongkan oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

“Dengan sokongan beramai-ramai kepada calon PH, Sabtu kita undi dan Ahad kita rehat sehari. Insya-ALLAH, hari Isnin atau Selasa calon kita akan angkat sumpah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Tapak Pasar Malam Kukup Laut, di sini, malam tadi.

Menyentuh isu Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Saifuddin menafikan dakwaan pembangkang bahawa universiti itu akan ditutup.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mengambil pendekatan untuk berbincang dengan MCA agar mematuhi syarat pelantikan ahli lembaga pengarah UTAR.

“Pendirian PH ialah kita tidak akan mempolitikkan isu pendidikan, namun undang-undang wajib dipatuhi.

“Kedudukan ahli lembaga pengarah UTAR tak patuhi syarat iaitu mesti diisi separuh daripada wakil bebas. Saya minta mereka patut syarat itu saja,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top