BM | EN | 中文

Institut Darul Ehsan sasar 500 peserta sertai Kuliah Kitab al-Muwafaqat

IDE-sasar-500-peserta-sertai-Kuliah-Kitab-al-Muwafaqat.jpg

Poster Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 2 MAC: Institut Darul Ehsan (IDE) menyasarkan 500 peserta bakal mendaftar program Kuliah Kitab al-Muwafaqat sepanjang 12 siri penganjuran tahun ini.

Pengurus kanan penyelidikannya, Khairul Arifin Mohd Munir berkata sasaran meliputi pelajar, pendidik dan ahli akademik yang berminat mengembangkan pemikiran berkaitan teori serta konsep maqasid syariah.

“Saya mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai program ini bagi menambah ilmu dan kefahaman serta memanfaatkannya dalam kehidupan seharian,” kata Khairul, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata program secara dalam talian dianjurkan pada Rabu minggu pertama setiap bulan bermula Mac dari jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Menurut Khairul Arifin, kuliah dikendalikan penasihat Syariah Telaga Biru Sdn Bhd yang juga ahli kluster pusat kajian terbabit Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil.

Program tersebut dilancarkan pada 23 Februari lalu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan boleh didaftar melalui pautan https://peserta.ideselangor.com/.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top