BM | EN | 中文

INSIDEN PEMBAKARAN TERBUKA DI KEMPAS SELESAI

WhatsApp-Image-2019-08-13-at-1.06.27-PM.jpeg

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Sebuah tanah di kawasan Banjaran 15, Kempas yang sebelum ini dijadikan tapak pelupusan sampah haram telah disita pihak berkuasa susulan dari kejadian pembakaran terbuka baru-baru ini.

Tindakan tersebut diambil kerana berlakunya pelanggaran syarat tanah di bawah kuasa Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1965 oleh pemilik tanah yang terlibat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Bahru  telah menghantar notis borang 7B kepada pemilik tanah yang mengakibatkan tindakan penyitaan.

Kebakaran tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang dari dua minggu susulan dari tindakan pantas dan cekap Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jabatan Alam Sekitar, bomba, Syarikat Air Johor, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Bahru, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Kerja Raya.

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top