BM | EN | 中文

“Insiden Pasir Gudang sepatutnya cukup memberi kesedaran”

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 29 DIS: Pihak industri, orang awam dan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan perlu turut serta dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, setiap individu bertanggungjawab terhadap alam sekitar khususnya bagi memastikan persekitaran yang bersih dan jauh daripada pencemaran.

Tan berkata, insiden yang berlaku di kawasan Pasir Gudang pada Mac dan Jun tahun ini sepatutnya cukup memberi kesedaran bahawa penjagaan alam semulajadi dan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan bukan hanya di peringkat kerajaan.

Advertisement

“Setiap individu perlu ada perasaan ‘self of belonging’ memainkan peranan yang sama agar perkara yang tak diingini tidak berlaku.

“Tuan Puan sebagai tuan rumah kepada kawasan Pasir Gudang inilah yang perlu prihatin dan menjaganya.

“Laporkan segera sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk melakukan sabotaj dan perkara yang mencurigakan,” kata Tan pada majlis perasmian Taman Komunti Balau, Taman Rinting dan penyampaian hadiah Landskap Laman Indah Pasir Gudang 2019, hari ini.

Advertisement

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah terlibat secara langsung bersama MPPG dan masyarakat melaksanakan program pembangunan taman komuniti di kawasan Pasir Gudang ini.

“Saya dimaklumkan bahawa program kolaborasi yang sangat unik ini telah dipraktis dan mampu menjimatkan kos pembinaan.

“Malah pembangunan ini juga mendapat sentuhan masyarakat akar umbi yang sama-sama memberi idea dan pandangan untuk pembinaan
kawsan rekreasi mengikut kesesuaian dan keperluan,” kata Tan yang juga Adun Jementah.

Advertisement

Dalam pada itu Tan turut mencadangkan agar pertandingan landskap ini diberikan tema berbeza setiap tahun bagi tujuan penambahbaikan agar mereka yang telah dua atau tiga tahun menjadi pemenang dapat memberikan persembahan yang berbeza dan mencorak minda.

“Terdapat lebih daripada 10 kategori pertandingan yang diwujudkan termasuklah kategori bangunan kerajaan dan bangunan swasta.

“Semoga semua para pemenang akan menjadi contoh dan role model kepada mereka yang lain untuk bersama terlibat menjadikan tempat kediaman atau tempat bekerja sebagai kawasan yang boleh memberi terapi segar dan ketenangan untuk dinikmati,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top