BM | EN | 中文

Insiden Parit Raja manifestasi kegelisahan rakyat – PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Insiden Parit Raja yang berlaku malam hari raya Aidilfitri lalu merupakan manifestasi kegelisahan rakyat Malaysia terhadap kegagalan kerajaan menguruskan isu-isu negara ketika ini termasuklah Covid-19.

Pakatan Harapan (PH) Johor berpandangan, ia susulan kegagalan kerajaan mengurus masalah yang berlaku hari ini, menyebabkan anak muda menyatakan bantahan secara terbuka seperti yang berlaku di Parit Raja, tempoh hari.

“Akibat kegagalan ini, rakyat terus tertekan dengan kos sara hidup serta perlaksanaan dasar-dasar dwi-standard yang memangsakan survival ekonomi rakyat biasa.

Advertisement

“PH Johor mendesak agar kerajaan segera membuka parlimen dan DUN Johor agar isu-isu dapat dibahaskan dan dasar-dasar yang membantu rakyat dapat dilaksanakan,” menurut kenyataan itu, semalam.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Aminolhuda Hassan Pengerusi Parti Amanah Johor, Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi Parti KEADILAN Johor dan Senator Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor.

Dalam pada itu PH Johor menyatakan akan menawarkan khidmat guaman pro bono kepada mereka yang didakwa terlibat dengan insiden Parit Raja bagi membantu menghadapi scat sukar ini.

Advertisement

Terdahulu, pemimpin PH Johor mengadakan lawatan dan menyatakan rasa simpati kepada tiga keluarga dimana anak mereka telah direman berkaitan insiden di Parit Raja.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top