BM | EN | 中文

Insiden Parit Raja: Kertas siasatan sudah lengkap – Ayob Khan

parit-raja-kerajaan-gagal.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden di Parit Raja dekat Batu Pahat pada 13 Mei lepas, dan tidak menolak kemungkinan 27 individu akan menghadapi pertuduhan tidak lama lagi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan kesemua 27 individu yang ditahan sebelum ini mungkin akan dikenakan tiga pertuduhan, termasuk di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul beramai-ramai ketika pandemik COVID-19 dalam • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kedua, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni dan satu lagi Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana membakar suar,” katanya ketika mengulas perkembangan kes insiden itu kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.

Advertisement

Pada 13 Mei lepas, satu video berdurasi dua minit tular di media sosial, memperlihatkan sekumpulan individu menaiki motosikal membakar suar sambil memegang kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’, dipercayai berlaku di Parit Raja, Batu Pahat.

Susulan kejadian polis menahan 27 individu berusia antara 19 dan 23 tahun, yang dipercayai terlibat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top