BM | EN | 中文

Insiden Parit Raja cerminan keluhan rakyat, parlimen perlu bersidang – Sheikh Umar

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 15 MEI: Insiden yang berlaku di Parit Raja, Batu Pahat memberi isyarat yang jelas bahawa kerajaan ‘tanpa mandat’ Perikatan Nasional perlu membuka parlimen segera dan tidak berselindung dibalik ‘darurat’.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, lebih ramai rakyat akan menggunakan saluran-saluran alternatif untuk menyampaikan hasrat dan luahan hati mereka.

“Sebenarnya, suara rakyat boleh diangkat menerusi wakil-wakilnya di parlimen.

Advertisement

“Apabila kerajaan gagal melaksanakan nasihat DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang menyatakan parlimen boleh bersidang pada fasa darurat ini, banyak suara-suara rakyat marhaen tidak dapat diangkat kepada kerajaan menerusi saluran dewan rakyat.

“Disamping dakwaan ‘darurat melawan Covid’ yang dilihat tidak berkesan, kerajaan gagal mendengar keluhan rakyat dibawah,” kata Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor.

Beliau turut memetik puisi yang dikarang penulis dan aktivis Indonesia yang hilang tanpa jejak, Wiji Thukul; Apabila usul ditolak tanpa ditimbang;
Suara dibungkam; Kritik dilarang tanpa alasan; Maka hanya ada satu kata – lawan.

Advertisement

Katanya lagi, jika kerajaan terus ‘bodoh sombong’ dan menyekat saluran demokrasi menerusi sidang parlimen, rakyat akan memilih ruang demokratik yang lain untuk berekspresi dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kegagalan kerajaan ini.

“Lihatlah sahaja di Parit Raja.

“Bila hal ini terjadi, kerajaan tidak patut menyalahkan orang. Anda layak menerimanya (bantahan)

Advertisement

“Dalam keadaan ekonomi rakyat sedang sakit, dasar-dasar kerajaan tidak konsisten, pilih kasih dalam banyak hal melibatkan pengurusan Covid-19, campurtangan dalam urusan perlantikan pihak polis dan banyak lagi isu lain yang timbul, parlimen perlu dibuka semula dan bersidang segera,” ujar Sheikh Umar lanjut.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top