BM | EN | 中文

Insentif dalam belanjawan Selangor 2021 bakal tambah 30,000 unit Rumah Selangorku

Rumah-Selangorku.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 21 NOV: Insentif dalam Belanjawan Selangor 2021 bakal menambah 30,000 unit Rumah Selangorku dan menjadikan jumlah keseluruhan 60,000 unit dalam tempoh tiga tahun.

Ia berikutan pindaan syarat Rumah Selangorku jenis A, B, C dan D kepada jenis E yang dijangka menambah kerancakan pembinaan unit rumah berkenaan.

Kemudahan itu juga dijangka menarik minat pemaju untuk mempercepat pembinaan Rumah Selangorku Idaman dan Harapan yang berkeluasan 1,000 kaki persegi pada harga maksimum RM250,000 seunit.

Advertisement

Kelengkapan asasnya pula meliputi kabinet dapur, penghawa dingin dan almari baju di semua bilik serta pemanas air (semua bilik mandi). Ia lebih memberi keselesaan kepada pembeli berbanding jenis A dan B yang cuma dilengkapi kipas, lampu dan pintu jeriji.

SelangorKini melaporkan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Datuk Dr Juhari Ahmad sebagai berkata, permohonan dibuka untuk dua tahun sehingga 31 Disember 2022 dan pemaju perlu membina unit Rumah Selangorku dalam tempoh tersebut.

“Pemaju disyaratkan memperuntuk 15 hingga 30 peratus daripada kehilangan/pindaan Rumah Selangorku jenis A dan B kepada LPHS secara percuma sebagai kontra atas pengecualian pindaan itu,” katanya.

Advertisement

Semua permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku untuk dibincang sebelum diluluskan majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Pembinaan Rumah Selangorku menjadi keutamaan kerajaan negeri itu bagi memastikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top