PASIR GUDANG, 14 SEPT: Kerajaan negeri bakal memperkenalkan insentif baru bagi mengatasi masalah lambakan hartanah tidak terjual di negeri ini pada bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata insentif berkenaan sekaligus diharap dapat menangani lot bumiputera yang tidak terjual.
“Menurut Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan (REDHA), lebih kurang 51,000 unit bukan sahaja perumahan tetapi di semua sektor tidak terjual di negeri ini dan melibatkan nilai RM36.7 bilion.
“Dalam jumlah ini, 16 peratus merupakan kategori bumiputera yang membawa nilai lebih kurang RM8 bilion,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor (RMBC) dan kedai Kos Sederhana Meridin East, semalam.
Dzulkefly telah meminta Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan untuk menjustifikasi angka jumlah lot bumiputera yang tidak terjual itu.
“Angka yang dikeluarkan itu sama ada ia penyelamat atau sebaliknya, akan menjadi berkaitan (dengan lot bumiputera) dengan insentif yang bakal diperkenalkan itu,” katanya.
Bagaimanapun, ujarnya, insentif itu akan dibentangkan dan dibincangkan dengan barisan exco di Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (MMK) sebelum mendapat kelulusan.
Johorkini