BM | EN | 中文

Inovasi anak muda tangani COVID-19 wajar digalak dan dibantu – MP Johor Bahru

akmal-nasir-johor-bahru-PH.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Kerajaan perlu memberi jaminan agar sokongan dari segi geran dan sebagainya dapat terus diberikan bagi menghargai usaha inovasi khususnya yang dihasilkan oleh anak muda dalam mendepani krisis COVID-19 di negara ini.

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, penghasilan inovasi oleh golongan ini perlu terus dibantu agar boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Akmal Nasir (Johor Bahru-PH) dalam soalan tambahan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Rabu lalu bertanyakan inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian dan kerajaan.

Advertisement

“Sepanjang (pandemik) COVID-19 ini kita nampak inovasi di kalangan anak muda yang membantu (misalnya) dalam soal memperbanyakkan PPE (peralatan perlindungan diri) dan sebagainya menggunakan 3D printing (pencetak 3D).

“Kalau boleh pihak kementerian menarik minat golongan muda ini selain dari memberi penekanan (mengenai) kerjaya dan gaji, tetapi juga membantu secara langsung,” kata Akmal.

Menterinya Khairy Jamaluddin (Rembau-BN) berkata, agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) akan menjalin kerjasama dengan penghasil inovasi tempatan yang terkehadapan sewaktu wabak COVID-19.

Advertisement

“Mereka ini kita patut raikan. Bukan hanya bekerjasama dengan mereka

“Saya telah mengarahkan agensi seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC) dan Yayasan Inovasi Malaysia untuk berhubung dengan mereka supaya dapat diberikan segala galakan, insentif, geran dan sebagainya untuk terus menghasilkan inovasi,” kata Khairy.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top