BM | EN | 中文

INNOVATE JOHOR 2019 – PLATFORM REKACIPTA DAN INOVASI

aminolhuda-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT : Innovate Johor 2019 membuktikan bahawa penyelidik dan pelajar mampu menghasilkan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti dan industri tempatan.

Program anjuran Universtiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini dengan

kerjasama kerajaan negeri Johor diadakan di universiti berkenaan selama empat hari dan berakhir hari ini.

Advertisement

Ia bertemakan Innovation towards Sustainbility Entrepreneurship yang mana menampilkan 80 pameran projek inovasi penyelidik UTM, IPT dan Kolej jemputan.

Program itu merupakan inisiatif UTM selaku seketariat Johor Innovation Valley dalam usaha memasyarakatkan universiti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan,  penganjuran program itu sangat signifikan dalam usaha memupuk budaya inovasi dalam kalangan komuniti.

Advertisement

“Program seperti Innovate Johor bukan sahaja dapat membangunkan budaya inovasi, malah dapat menghubungkan kerajaan, penyelidik, komuniti dan industri melalui inovasi dan teknologi.

“Kerajaan negeri komited dalam membangunkan masyarakat berinovasi seperti membangunkan aplikasi Johor Application and Service Solutions (JASS) melalui Digital Johor,” katanya dalam ucapan Perasmian Penutup Innovate Johor 2019.

Dalam pada itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, program ini merupakan platform kolabrasi antara universiti, industri dan pelbagai agensi kepada komuniti.

Advertisement

“Kami berharap industri dan agensi dapat melihat sendiri hasil inovasi anak tempatan yang boleh diketengahkan dan berpotensi besar,” katanya lagi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top