BM | EN | 中文

Inisiatif Roda Darul Ehsan tawar insentif RM150, bantu ganti alatan rosak

RiDE-Selangor.png

Penghantar barangan Seldec menunjukkan isyarat bagus ketika menunggu giliran mendapatkan inisiatif RiDE oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Disember lalu (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 15 MAC: Penunggang e-panggilan dipelawa memohon insentif berjumlah RM150 melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi berkata bantuan itu boleh digunakan untuk menggantikan beg atau alatan yang lusuh dan rosak.

“Program ini ditambah baik bagi meringankan beban penunggang dan mereka yang memenuhi syarat boleh memohon melalui pautan http://msnselangor.gov.my,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon lahir di Selangor atau pemastautin tetap, mempunyai lesen motosikal B2 dan berdaftar dengan syarikat e-panggilan.

Program RiDE menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, wang tunai RM150 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Pada 14 Disember tahun lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 1,980 individu mendapat manfaat program itu sejak dilancarkan pada 1 Ogos tahun sama.

Advertisement

Program itu diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM2 juta menerusi Belanjawan Selangor 2021.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top