BM | EN | 中文

INISIATIF RENDAH KARBON PERLU DIPERLUAS KE SELURUH JOHOR

tan-chen-choon-3.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV : Kerajaan negeri Johor berharap agar inisiatif rendah karbon yang kini giat tertumpu di Wilayah Iskandar Malaysia dapat diperluas ke seluruh negeri Johor dengan penglibatan pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kerajaan negeri komited dalam memenuhi dan mencapai setiap matlamat disasarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals 2030, SDG2030).

Justeru itu, katanya antara langkah awal untuk menjayakannya melalui penubuhan Majlis Rendah Karbon Johor (JLCC) yang telah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat kerajaan Johor pada Mei lalu.

Advertisement

“JLCC juga bertindak sebagai agensi penasihat kepada Kerajaan Negeri Johor berhubung hala tuju, kebersaingan dan produktiviti dalam pembentukan masyarakat rendah karbon.

“Peranan selanjutnya adalah melalui penyelarasan dan pemantauan sebarang program penggalakan, pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon dalam kalangan masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) berkenaan peranan dan matlamat JLCC yang ditubuhkan baru-baru ini di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, JLCC juga akan berperanan sebagai pusat sehenti bagi menyelaras dan memacu program-program inisiatif rendah karbon.

“Dalam memperhebat pembudayaan dan penerapan karbon rendah, JLCC juga akan melaksanakan sesi perbincangan dan taklimat melibatkan masyarakat akar umbi, ahli akademik, warga pendidik, para usahawan, pemain industri dan rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang agenda rendah karbon negeri Johor,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top