BM | EN | 中文

Inisiatif pihak tertentu daftarkan vaksinasi perlu diiktiraf – Adun Perling

cheo-yee-how-Adun-Perling-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MAC: Inisiatif pihak tertentu melakukan pendaftaran vaksinasi Covid-19 perlu diiktiraf kerajaan bagi memberi semangat kepada mereka yang berusaha memudahcarakan program imunisasi kebangsaan.

Mengulas perkara itu, Adun Perling, Cheo Yee How berkata, kerajaan perlu memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk membuka kaunter pendaftaran vaksinasi, termasuk di lokasi tumpuan orang ramai.

“Beri peluang untuk mereka yang mahu melakukan pendaftaran tersebut, baik dari pihak berkumpulan mahu pun pihak persendirian.

Advertisement

“Dari maklumat diperolehi kami, ada pihak yang menghalang dari meja dibuka di lokasi tumpuan masyarakat

“Ada juga penguatkuasa kerajaan atau agensi yang menghalang serta menyukarkan keadaan sedangkan apa yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu itu khususnya pasukan pendaftaran vaksin adalah baik dan secara sukarela.

“Kerajaan perlu mengiktiraf dan kita juga perlukan sokongan mereka untuk dapat melakukan kerja-kerja mulia ini,” ujarnya ketika ditemui.

Advertisement

Sependapat dengan isu tersebut, Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata, beliau turut menerima laporan wujud halangan terhadap kegiatan itu.

Mahadzir Mat Zili

Selain itu ujar Mahadzir, kerajaan perlu sedar bahawa ada di kalnagan rakyat yang kurang pengetahuan untuk mendaftarkan diri dalam program vaksinasi.

“Wujud halangan walaupun terpencil. Ia menyusahkan pihak yang mahu melakukan kerja-kerja sukarela.

Advertisement

“Kerajaan perlu sedar tidak semua orang tahu bagaimana mahu mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mahu berusaha untuk mengadakan kios pendaftaran, janganlah pula dihalang mereka yang membuka kios tersebut.

“Ini bukan soal politik. Ini soal kesungguhan pelbagai membantu rakyat teramai,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top