BM | EN | 中文

Inisiatif NGO Kampung Pergam bina semula rumah mangsa kebakaran di Pagoh

Rumah-mangsa-kebakaran-akhirnya-siap-dibina-NGO-Kg-Pergam.jpg
Advertisement

MUAR, 30 JAN: Usaha ahli-ahli Persatuan Rekreasi Kampung Pergam untuk membina sebuah rumah baru buat mangsa kebakaran di Kampung Naib Piee, Bukit Pasir dekat Pagoh akhirnya sempurna dilaksanakan.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Kampung Pergam, Johar Siraj

Pengerusi Persatuan Rekreasi Kampung Pergam, Johar Siraj berkata, selepas menunggu selama tiga bulan, rumah yang dibina hasil sumbangan persatuan itu akhirnya siap dan boleh diduduki.

“Kita berjanji kepada tuan rumah ini, bahawa rumah ini akan disiapkan dalam masa dua bulan. Namun berlaku kekangan masa akibat PKP dan akhirnya disiapkan dalam masa tiga bulan.

Advertisement

“Hari ini adalah hari yang terakhir penyiapan rumah dan kita akan melakukan penyerahan kunci. Kita akan memantau dan seandainya berlaku kerosakan berkaitan rumah, maka kita akan baiki dengan kadar segera.

“Saya berharap pihak tuan rumah menerima seadanya rumah ini walaupun tidak seindah dan semegah mana, diharap terima dengan berlapang dada,” kata Johar kepada Johorkini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian kunci rumah kepada mangsa kebakaran, Nasaruddin Osman di sini, petang tadi.

Advertisement

Johar berkata, kos pembinaan rumah baru yang dibina diatas tapak rumah lama yang terbakar dengan keluasan 1,400 kaki persegi dianggarkan menelan kos lebih RM80,000.

Rumah dibina Persatuan Rekreasi Kampung Pergam, di Kampung Naib Piee, Bukit Pasir, Pagoh, Muar.

Johar memaklumkan mendapat kerjasama yang baik dari pihak pembekal yang sanggup memberikan lanjutan tempoh masa kredit bagi pembayaran perkakasan pembinaan rumah.

Menurut beliau, Persatuan Rekreasi Kampung Pergam sebelum ini giat menjalankan kerja-kerja kebajikan di sekitar parlimen Pagoh dengan tumpuan kepada keluarag yang kurang berkemampuan dan pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Antaranya sumbangan bakul makanan kepada ratusan penerima sempena sambutan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan sepanjang pelaksanaan PKP kepada keluarga yang terjejas di sekitar parlimen Pagoh.

Selain itu pihak persatuan turut membantu usahawan tempatan, antaranya kerja baikpulih sebuah bengkel kereta di Pagoh yang rosak akibat dipukul ribut.

Johar turut mengalu-alukan kepada mana-mana dermawan yang ingin menyumbang mahupun sukarelawan yang mahu menjadi ahli, sama ada di daerah Muar mahupun di seluruh Johor untuk bersama menyertai kegiatan persatuan itu bagi melakukan kerja-kerja kebajikan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top