BM | EN | 中文

Inisiatif ketelusan tender KPM bawah PH perlu diteruskan kerajaan – Dr Maszlee

Maszlee-Malik.gif
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 18 JUL: Kerajaan digesa untuk meneruskan ketelusan urus tadbir membabitkan pengurusan program bekalan makanan bermasak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata ketika memegang jawatan selaku Menteri Pendidikan, beliau telah memulakan beberapa siri siasatan terhadap isu melibatkan tender Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“(Antaranya) seperti Kebersihan Bangunan & Kawasan (KBK), Kawalan Keselamatan (PKK) serta Bekalan Makanan Bermasak (BMB) ini.

Advertisement

“Kita dapati pihak KPM tidak membuat pengesahan salinan penyata bank yang dikemukakan petender dengan pihak bank sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.

“Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pemalsuan penyata bank oleh petender,” kata Maszlee dalam satu kenyataan pada 17 Julai.

Katanya, hasil siasatan tersebut, beberapa langkah pantas terpaksa diambil untuk menambahbaik proses tender.

Advertisement

“Sebanyak 406 tender KBK, PKK dan BMB telah dibatalkan pada hujung 2018 melalui empat notis bertarikh 8 Ogos 2018, 21 September 2018 serta 5 Oktober 2018.

“Laporan polis dibuat Setiausaha Bahagian Perolehan KPM pada 14 Ogos 2019 terhadap petender yang disahkan mengemukakan penyata bank palsu di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Putrajaya,” ujarnya lagi.

Tambah Maszlee, seperti dilaporkan LKAN, wakil bank juga menyatakan tidak sanggup membuat pengesahan penyata bank dengan jumlah yang banyak dalam tempoh masa yang singkat.

Advertisement

“Ini menunjukkan KPM ketika era Pakatan Harapan sangat serius menangani isu ini.

“Semua usaha yang telah dilaksanakan ini menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan beban isu korupsi di era Barisan Nasional (BN).

“Ini dibuktikan seperti di dalam graf di Rajah 3 Trend Prestasi Kontraktor Bagi Tahun 2016 Hingga 2018.

Advertisement

“Ketika semua usaha ini dilakukan, saya sebagai Menteri Pendidikan pada ketika itu kerapkali dianggap mengganggu proses tender sedangkan usaha ini terpaksa dilakukan untuk memastikan proses tender yang dicemari pelbagai korupsi dijalankan secara telus dan bersih.” ujarnya.

Maszlee turut merujuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 3 Tahun 2018 yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara.

Menurutnya, peruntukan disalurkan bagi program Bekalan Makanan Bermasak di Sekolah Asrama bagi tahun 2016 hingga 2018 berjumlah RM3.667 bilion.

Advertisement

“RM3.667 bilion adalah jumlah yang banyak, diambil dari wang cukai rakyat untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Walaubagaimanapun soal selidik Audit bagi aspek tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan BMB menunjukkan tahap ketidakpuasan hati yang masih belum mencapai objektif program BMB tahun 2016 hingga 2018,” kata Maszlee lagi.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil berat Laporan Ketua Audit Negara dan meneruskan semua inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Advertisement

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kerajaan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah kerajaan Barisan Nasional, dan mereka yang ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 ini terutamanya Menteri pada ketika itu haruslah bertanggungjawab,” katanya.

Tambah Maszlee keseluruhan ekosistem berkaitan tender KPM perlu dibersihkan, meskipun mengambil sedikit masa.

“Saya amat yakin, rakyat tetap mengharapkan urus tadbir kerajaan dijalankan secara telus dan bersih dari segenap segi.

Advertisement

“Gangguan-gangguan oleh tangan-tangan jahat seperti yang telah dilaporkan bukan sahaja memberi kesan kepada imej kerajaan, tetapi juga kepada pendidikan anak-anak kita di sekolah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top