BM | EN | 中文

INISIATIF DI BAWAH AKUJANJI PH AKAN DITERUSKAN 

penjaja-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV: Kerajaan negeri komited untuk meneruskan lima inisiatif di bawah akujanji Pakatan Harapan (PH) seperti mana yang dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini termasuklah insentif bagi pelajar, kad sihat Johor, skim air percuma, pengecualian bayaran lesen penjaja dan skim takaful warga emas.

“Seramai 2,000 pelajar disasarkan untuk mendapat manfaat daripada insentif bagi pelajar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Advertisement

“Ini melibatkan mereka yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT), iaitu RM1,000 bagi ijazah sarjana muda dan RM500 bagi diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Salah seorang waris yang menerima Skim Takaful Warga Emas

Dr Sahruddin berkata, manakala bagi kad sihat Johor, seramai 28,000 keluarga dan 19,000 individu disasarkan untuk menerima manfaat ini dengan peruntukan awal sebanyak RM2 juta.

Advertisement

“Bagi skim air percuma, peruntukan sebanyak RM22.02 juta disediakan bagi pelaksanaan inisiatif ini dimana sebanyak 10 meter padu akan diberikan kepada 229,000 pemegang akaun berdaftar dengan penggunaan bulanan tidak melebihi 35 meter padu,” katanya.

Beliau berkata, manakala bagi pengecualian bayaran lesen penjaja, seramai 3,000 orang penjaja di seluruh Johor di sasarkan untuk menerima manfaat dimana inisiatif ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM3.5 juta setahun.

Tambahnya lagi, keempat-empat inisiatif tersebut (insentif bagi pelajar, kad sihat Johor, skim air percuma Johor dan pengecualian bayaran lesen penjaja) sasaran penerima adalah mereka dibawah golongan atau dalam kalangan keluarga B40.

Advertisement

“Manakala, bagi skim takaful warga emas, dengan jangkaan penerima manfaat bantuan sebanyak RM1,000 kepada waris, ia akan melibatkan seramai 28,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM1.68 juta,” katanya.

Dr Sahruddin berkata, penerusan pelbagai inisiatif di bawah akujanji PH ini merupakan salah satu inisiatif yang dicadangkan dibawah agenda pertama untuk menangani kos sara hidup.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top