BM | EN | 中文

Inisiatif ahli parlimen Kluang mohon naiktaraf gelanggang Taman Murni berhasil

Ahli-parlimen-Kluang-mohon-naiktaraf-gelanggang-Taman-Murni-Wong-Shu-Qi.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 OKT: Inisiatif pejabat ahli parlimen Kluang menghantar permohonan bagi kerja naiktaraf gelanggang berbumbung di Taman Murni dekat sini membuahkan hasil.

Menurut ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi permohonan naiktaraf gelanggang itu telah diajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2019 dan telah diluluskan ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Lanjutan itu, satu lawatan ke tapak kerja naiktaraf telah dibuat beberapa hari yang lalu bersama Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Advertisement

“Untuk makluman gelanggang Taman Murni adalah salah satu gelanggang yang sering digunakan penduduk. Pihak kami banyak menerima aduan tentang kerosakan gelanggang ini.

“Kami mengharapkan penduduk akan lebih selesa untuk menggunakan kemudahan awam selepas ini, tanpa sebarang kesulitan,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan kerja naiktaraf termasuk pembinaan bumbung, menurap lantai, pemasangan pagar dan pemancar cahaya.

Advertisement

“Kerja naiktaraf ini dijangka akan siap pada bulan hadapan.

“Kami di pejabat ahli parlimen Kluang sentiasa berusaha agar rakyat dapat hidup sejahtera dengan aman dan harmoni.

“Jika anda mempunyai masalah lain di kawasan anda, kami sentiasa mengalu-alukan anda untuk membuat aduan atau memberi cadangan di laman rasmi kami.

Advertisement

“Sudah memang tugas kami untuk berkhidmat demi rakyat jadi anda boleh percayakan kami kerana kami akan sentiasa melakukan yang terbaik,” kata Shu Qi lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top