BM | EN | 中文

Inisiatif Adun Pekan Nanas, Lorong Impian di Kampung Parit Selangor tak lagi berlecak

Inisiatif-Adun-Pekan-Nanas-Lorong-Impian-di-Kampung-Parit-Selangor-tak-lagi-berlecak.png

Adun Pekan Nanas Yeo Tung Siong memerhatikan kerja-kerja menambak jalan di Lorong Impian dekat Kampung Parit Selangor

Advertisement

PONTIAN, 31 DIS: Penduduk di Lorong Impian, Kampung Parit Selangor, dekat sini akhirnya boleh menarik nafas lega apabila laluan berlecak yang terpaksa diharungi selama empat tahun akhirnya ditambak.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong memaklumkan, isu yang dibangkitkan penduduk kampung disini akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa selepas lawatan dari wakil Pejabat Daerah Pontian.

“Lorong Impian ini telah ditambak denga “crusher run” (batu kerikil) bagi memudahkan penduduk disini.

Advertisement

“Namun buat masa sekarang hanya separuh sahaja dahulu yang ditambak, iaitu kawasan jalan yang paling kritikal.

“Kerana ini merupakan peruntukan hujung tahun, dan pada masa akan datang akan ditambak pula laluan selebihnya,” kata Yeo yang lebih dikelani penduduk setempat sebagai Cikgu Yeo.

Katanya isu berkenaan telah diajukan kepada pihak berkuasa semenjak September tahun ini dan satu lawatan telah dibuat ke lokasi pada 26 November lalu bersama wakil dari pejabat daerah.

Advertisement

“Ketika ini beliau (Cik Fatin, wakil Pejabat Daerah Pontian) mencadangkan agar bagi permulaan kerana jika dibuat jalan premix dan akan datang aktiviti pembinaan rumah semakin rancak, dibimbangi jalan akan rosak/

“Oleh itu ditambak jalan ‘crusher run’ dahulu,” kata Yeo.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memandang serius masalah penduduk disini dan sentiasa membantu dengan ikhlas dalam menyelesaikan masalah penduduk.

Advertisement

“Tahun hadapan kita usahakan lagi sehingga tuntas jalan ini disiapkan sepenuhnya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top