BM | EN | 中文

‘Ini sesi taklimat khas, bukan sidang Parlimen’

yeo-bee-yin-lim-kit-siang-wong-kah-woh.png

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 JUL: Sidang parlimen lima hari bermula 26 Julai dilihat bukan sidang parlimen sebenar sebaliknya hanya satu sesi taklimat khas dengan penerangan menteri berhubung wabak Covid-19

Ahli-ahli parlimen DAP dilaporkan Roketkini menyatakan, Malaysia dilihat memberikan contoh kepada dunia bahawa parlimennya kini telah dilemah dan dilumpuhkan.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendedahkan pertamanya, tiada waktu pertanyaan menteri menurut Perintah Tetap Dewan Rakyat 22 (2) menghendaki ahli parlimen memberikan notis sekurangnya 10 hari bekerja dan tidak ada 10 hari bekerja sebelum sidang pada 26 Julai.

Advertisement

“Kedua, usul pembangkang tidak akan dibenarkan.

“Proklamasi dan Ordinan Darurat akan dibentangkan di Parlimen tetapi tidak ada undian mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut notis parlimen yang tular di laman media sosial, agenda tersebut hanya melibatkan siri penerangan menteri mengenai Pelan Pemulihan Negara, Program Vaksinasi, Pelaksanaan Darurat dan Pakej Bantuan Ekonomi.

Advertisement

Notis itu turut menyatakan speaker akan membenarkan ahli parlimen meminta penjelasan dan memberi pandangan semasa sesi penerangan Menteri.

“Tetapi adakah ahli parlimen dibenarkan untuk berbahas dan mengundi penerangan Menteri masing-masing?

“Sekiranya Ahli Parlimen dapat bersidang untuk bermesyuarat, mengapa Parlimen tidak dapat mengadakan sidang Parlimen biasa sesuai dengan amalan parlimen seperti biasa dan Perintah Tetap Dewan Rakyat yang diamalkan sejak enam dekad lalu?” soalnya.

Advertisement

Tambahnya, notis parlimen itu sebenarnya melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat.

Sementara itu, ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin berkata, ini kali pertama dalam sejarah sidang parlimen diadakan seperti demikian.

Beliau turut mengongsikan gambar notis sidang Parlimen berkenaan.

Advertisement

“Ini adalah agenda bagi sidang Parlimen akan datang. Ops, saya patut penggilnya taklimat oleh menteri di Parlimen.

“Tiada perbahasan, tiada undian,” katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh berkata, buat pertama kali beliau menyaksikan satu-satunya urusan dewan adalah penerangan menteri-menteri.

Advertisement

“Apa penerangan yang dimaksudkan, sama ada ahli-ahli Parlimen dibenarkan berbahas atau mengundi?

“Kenapa tiada usul untuk bahas dan meluluskan perbelanjaan semasa darurat, keberkesanan dasar kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 dan seterusnya?” soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top