BM | EN | 中文

INI JAWAPAN TUN M UNTUK TAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN JEPUN

Tun-Dr-Mahathir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Jepun harus memudahkan golongan mudanya menimba pengalaman di luar negara bagi mempelajari budaya lapisan kelas lain di seluruh dunia.

Dr Mahathir berkata demikian apabila disoal bagaimanakah Jepun dapat menambah baik sistem pendidikan negara tersebut.

“Dengan memudahkan orang muda (Jepun) melakukan perjalanan dan mempelajari pengalaman di negara-negara lain.

Advertisement

“Pada masa yang sama, mereka boleh mempelajari mengenai kebudayaan (dunia) yang lain dalam kelas-kelas,” beliau dipetik oleh Bernama ketika menyampaikan syarahan bertajuk “Dilema Baharu di Asia Yang Berkembang Pesat” di Institut Kepimpinan Kyushu-Asia (KAIL) di Fukuoka, Jepun, hari ini.

Beliau turut berkata antara sumbangan yang boleh diberikan negara Jepun kepada pembangunan masa hadapan ialah dengan menonjolkan budaya dan nilai masyarakat mereka kepada dunia.

Beliau turut berkata masyarakat Jepun dahulu sanggup melakukan ‘harakiri’ (bunuh diri) dari menanggung malu yang mana menyaksikan masyarakatnya kini boleh mencapai apa sahaja yang mereka lakukan.

Advertisement

Dr Mahathir turut mengalu-alukan penubuhan universiti-universiti Jepun di Malaysia yang juga dapat membantu menerapkan nilai-nilai masyarakat negara Matahari Terbit tersebut dikalangan rakyat tempatan.

Menurutnya, nilai yang dipraktikkan rakyat Jepun merupakan model yang amat bersesuaian untuk dicontohi rakyat Malaysia.

Kekaguman Dr Mahathir terhadap nilai dan sistem masyarakat Jepun bukan lagi satu rahsia dan beliau sebelum ini juga telah memperkenalkan ‘Dasar Pandang ke Timur’ sebelum ini yang menyaksikan ribyan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pendidikan tinggi Jepun termasuk dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top