JOHOR BAHRU, 30 APR: Semenjak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sehingga 28 April lalu, seramai 3,391 individu telah ditahan kerana ingkar arahan PKP di negeri ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 2,300 telah didakwa di mahkamah Johor Bahru diatas kesalahan terbabit.
Kesemua tangkapan disiasat dan didakwa dibawah Sekysen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1997 (Akta 342).
Turut ditahan adalah kerana kesalahan dibawah Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan jangkitan) 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.
“Pada masa yang sama PDRM berharap kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat supaya sentiasa berada di rumah dan mematuhi
setiap arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar sama-sama mengurangkan wabak Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-221 2999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Johorkini