BM | EN | 中文

Ingkar PKP: Sehingga kini 526 ditangkap di Johor

Perintah-Kawalan-Pergerakan-PKP.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MAC: Sehingga hari ini seramai 526 orang ditangkap di seluruh negeri Johor kerana ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan dalam kenyataannya hari ini berkata tangkapan tersebut adalah sepanjang penguatkuasaan PKP dari 18 Mac hingga 30 Mac 2020 di negeri ini.

Manakala tangkapan pada hari ini adalah seramai 97 orang, selain 50 orang telah didakwa di Mahkamah Johor Bahru kerana kesalahan ingkar arahan PKP.

Advertisement

“Kesemua tangkapan kesalahan-kesalahan ini disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh disabitkan Seksyen 24 Akta 342 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” kenyataan tersebut dipetik.

Manakala kesalahan di bawah Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 boleh disabitkan di bawah peraturan 7 perintah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2020 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Advertisement

Justeru itu Polis Johor mengharapkan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat supaya sentiasa berada di rumah dan tindakan yang tegas akan diambil bagi mereka yang tidak mematuhi PKP.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top