BM | EN | 中文

INFRASTRUKTUR AIR TERJUN KOTA TINGGI MUSNAH-JOHOR AKAN AMBIL TINDAKAN

banjir-6.jpg
Advertisement

KULAI, 17 DIS : Kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) berkenaan masalah kerosakkan infrastruktur yang berlaku di kawasan Air Terjun Kota Tinggi akibat bencana banjir yang berlaku di situ, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, selepas itu, pihaknya akan mengambil tindakan segera memandangkan destinasi tersebut merupakan salah satu produk untuk Tahun Melawat Johor 2020, tahun depan.

“Saya telah dimaklumkan ada satu mesyuarat di peringkat MDKT dan setakat ini saya menunggu laporan daripada mereka dan kemudiannya saya akan bawa kepada mesyuarat (Majlis Mesyuarat Kerajaan).

Advertisement

“Buat masa ini, saya belum melakukan site visit (lawatan tapak), tetapi saya dimaklumkan air sudah mulai jernih , tetapi berapa kos kerosakkan atau jaminan tahap keselamatan di situ, saya sedang tunggu laporannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Penerbangan Sulung Firefly dari Kota Bahru ke Johor Bahru di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, hari ini.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya memberitahu, sebelum ini, kerja-kerja naik taraf telah dibuat di situ, pada tahun ini.

Advertisement

“Setakat ini, hanya kawasan Air Terjun Kota Tinggi yang terjejas akibat banjir dan saya belum menerima laporan di tempat lain pula,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top