BM | EN | 中文

 ‘Info On Wheel’ kaedah kekang berita palsu

IMG-20200222-WA0000.jpg

Eddin Syazlee (tengah) pada sidang media selepas pelancaran kempen Info On Wheel (IOW) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Advertisement

GELANG PATAH, 22 FEB: Program Info On Wheel (IOW) yang dijalankan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bukan sahaja berjaya menangani penularan berita palsu, malah orang awam sebaliknya dibekalkan dengan maklumat sebenar mengenai isu-isu semasa.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, pihak kerajaan turut mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Kalau kita tengok corak selepas pendekatan (melibatkan) isu yang berkaitan koronavirus (Covid 19), selepas ramai yang telah didakwa, penularan berkenaan ‘fake news’ ini semakin berkurangan.

Advertisement

“Kita betul-betul serius. Kita dakwa mereka diatas perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh pihak-pihak tersebut.

“Dalam perkara ‘fake news’, sekiranya perkara sama dibuat ini adalah amaran. Kita tidak akan teragak-agak untuk bertindak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran IOW di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Gelang Patah disini, hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, pihak berkuasa termasuk polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini bekerjasama bagi mengatasi penularan berita palsu.

“Sebab berita palsu ini telah menyebabkan pembaziran dan kerugian kepada kerajaan yang tidak sepatutnya dalam banyak perkara,”katanya.

Dalam pada itu, Eddin berkata secara keseluruhan, IOW berjaya mencapai sasaran dan pihaknya menggalakkan maklum balas daripada orang ramai berhubung keberkesanan program tersebut.

Advertisement

“Kita melihat ini sebagai satu kejayaan kepada usaha-usaha jangkauan (outreach) kerajaan melalui Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan lain untuk menyampaikan penerangan secara langsung kepada rakyat.

“Sekiranya rakyat merasakan (ada yang) tak betul tentang penerangan yang kita berikan, secara terus boleh beritahu kita, apa yang menjadi ketakutan dan kebimbangan mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top