BM | EN | 中文

Influenza, keadaan terkawal – Aminolhuda

influenza-a-aminolhuda.jpg

Aminolhuda ketika menghadiri mesyuarat berhubung influenza bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN: Wabak penyakit berjangkit influenza berada dalam keadaan terkawal,”. Itu kenyataan Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan.

Beliau membuat kenyataan itu selepas mengadakan perbincangan mengenai wabak tersebut bersama Pejabat Kesihatan Negeri Johor dan pihak hospital di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan membuat pemantauan terhadap wabak yang berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan secara harian.

Advertisement

“Manakala pemantauan influenza pula dilaksanakan sepanjang tahun di seluruh Malaysia walaupun jangkitan yang dilaporkan kecil.

“Saya juga dimaklumkan terdapat saringan influenza dibuat di setiap pintu masuk di daerah ini bagi menghalang penularannya wabak ini,” katanya.

Influenza merupakan penyakit bermusim yang hanya menyebabkan selesema kepada orang dewasa namun berisiko kepada kanak-kanak, warga tua dan wanita hamil.

Advertisement

Tambah Aminolhuda lagi, walaupun jangkitan ini menyebabkan selesema ringan, orang awam dan mereka yang berisiko dinasihatkan untuk mengambil pelalian vaksin yang ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Semalam, sebanyak 89 kes influenza telah dilaporkan di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top