BM | EN | 中文

Industri, syarikat yang mula operasi di Johor mesti patuh SOP

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 APR: Syarikat dan industri di negeri Johor yang telah memulakan operasi perlu mematuhi kaedah operasi lazim (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan berkata demikian dalam satu kenyataan media ketika mengemaskini situasi semasa kes Covid-19 di negeri Johor.

“Walaupun, hari demi hari kita telah menerima laporan yang semakin positif berhubung kes Covid-19 saya ingin menegaskan semua agar terus patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Lebih- lebih lagi, bermula hari ini industri yang telah menerima kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dibenarkan untuk beroperasi tanpa sekatan,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, syarikat yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing.

Ia termasuk amalan menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman dan menggunakan topeng muka di kawasan tumpuan ramai.

Advertisement

“Kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan, serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan negeri juga ingin mengingatkan pihak majikan untuk sentiasa memastikan pekerja-pekerja mereka mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top