BM | EN | 中文

Industri pelancongan Pontian “lumpuh” – Penggiat industri

pontian.png
Advertisement

PONTIAN, 14 NOV: Industri pelancongan di daerah sini boleh dikatakan lumpuh selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan banyak tempahan hotel dan inap desa dibatalkan.

Antara tempat terjejas ialah Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pekan Kukup Laut yang menempatkan Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Kukup Golf Resort (KGR) dan Tanjung Piai Resort.

Pegawai Perhubungan Awam KGR, Ishak Abu dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak­nya rugi kira-kira RM300,000 apabila banyak majlis terpaksa ditangguhkan bagi tempahan sekitar bulan lalu dan bulan ini.

Advertisement

Katanya, kerugian tersebut belum mengambil kira acara atau program dari Mac hingga September yang mengalami nasib sama ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun terdapat kelonggaran penganjuran acara selepas Jun.

“Pengurusan KGR sebelum ini melakukan projek menaik taraf beberapa kemudahan untuk pengunjung seperti bilik penginapan, kolam renang serta padang golf dengan kos besar.

“PKPB yang bermula 9 November hingga 6 Disember menjejaskan banyak acara dan program termasuk sambutan hari keluarga, seminar dan kursus,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengurus Tanjung Piai Resort, Julia Atan memberitahu, pihaknya me­ngalami banyak kerugian apabila tempahan yang dibuat terpaksa dibatalkan disebabkan PKPB.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima 20 tempahan mengadakan pelbagai acara tetapi semua dibatalkan di­sebabkan PKPB termasuk satu acara besar pada bulan depan.

“Ada juga penganjur meminta bayaran pendahuluan dikembalikan. Sektor pelancongan se­perti ini memerlukan kehadiran pelawat bagi membantu pendapatan kami setiap bulan.

Advertisement

“Begitu juga untuk membayar gaji pekerja yang merupakan penduduk tempatan di sekitar Tanjung Piai dan Serkat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top