BM | EN | 中文

Indonesia sah kes pertama dan kedua COVID-19

coronavirus.jpg
Advertisement

JAKARTA, 2 MAC : Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengesahkan bahawa dua rakyatnya diuji positif dengan coronavirus (COVID-19), menjadikan ia kes kes pertama di negara keempat paling padat di dunia itu.

Agensi berita Reuters melaporkan Jokowi sebagai berkata, kedua-dua pesakit berkenaan sudah dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan di istana presiden, dan tidak memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk lokasi pesakit dirawat.

Advertisement

Sementara itu The Vocket melaporkan, dua individu berkenaan, berusia 64 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun telah bertemu dengan warga Jepun yang diuji positif di Malaysia pada 27 Februari yang lalu selepas pulang dari Indonesia Februari lalu

Menurut laporan tersebut, carian mendapati warga Jepun tersebut bertemu semasa di Indonesia ujian dilakukan terhadap dua individu yang ditemui lelaki Jepun ini mereka didapati berdua positif coronavirus.

Dalam pada itu Jokowi turut percaya bahawa kerajaan Indonesia sudah bersedia untuk menangani kes COVID-19 yang terjadi di negara berkenaan.

Advertisement

“Sebanyak 100 hospital dengan bilik pengasingan khas telah siap sedia untuk sebarang kes COVID-19. Kelengkapan yang ada di semua hospital ini juga mengikuti standard international yang telah ditetapkan,” tambah Jokowi.

Indonesia dengan populasi penduduk melebihi 260 juta sebelum ini tidak langsung merekodkan sebarang kes COVID-19 walaupun ada pelancong yang dijangkiti virus ini selepas pulang bercuti dari Bali.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top