BM | EN | 中文

INDEKS KUALITI UDARA BATU PAHAT TIDAK SIHAT

Kualiti-udara-Batu-Pahat-tidak-sihat.png
Advertisement

KULAI, 26 OGOS: Pencerapan terhadap kualiti udara melalui lapan stesen pencerapan negeri menunjukkan terdapat trend ke arah kualiti udara yang semakin tidak sihat di beberapa tempat di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon.

Beliau berkata antara kawasan itu ialah daerah Batu Pahat yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kepekatan partikel halus (PM) 1.02 setakat 9 pagi tadi.

“Setakat ini, Batu Pahat telah mencatat indeks kualiti udara pada kadar PM 1.02. Ini bermakna ia sudah mencapai peringkat tidak sihat.

Advertisement

“Jadi kita menyeru kepada penduduk kalau rasa tidak selesa atau sesak nafas, sila pakai mask (topeng muka),” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi pembersihan khas sampah haram di Taman Lagenda Putra di sini, hari ini.

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kampung Pekajang, Gelang Patah, meningkat kepada 81 hari ini berbanding hanya 63 semalam.

Advertisement

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad, berkata dua sekolah di kawasan itu diarahkan tutup sementara sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.

Katanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemangku Raja menyarankan penutupan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang, selepas berangkat melakukan lawatan di kawasan kebakaran pagi tadi.

“Terdapat 1,357 penduduk serta pelajar yang tinggal di dalam radius kawasan kebakaran hutan di Kampung Pekajang.

Advertisement

“Ia membabitkan seramai 517 penduduk (Kampung Pekajang), Kampung Tanjung Adang (447), SMK Tanjung Adang (245) dan SK Tanjung Adang (148),” kata Dzulkefly.

Seramai 150 anggota penyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bomba Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Jabatan Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kini berganding bahu bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top